Sunday, February 24, 2013

KEberkatAN soLAT DHUHA

Pada pagi yang penuh dingin di Pantai timur hari ni, saya ingin berkongsi artikel yang saya baca dengan semua... "KEBERKATAN SOLAT DHUHA"



Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu 27 minit selepas terbit matahari dan tamat waktunya sebelum tergelincir matahari. Bilangan rakaatnya paling kurang dua rakaat dan maksimumnya 12 rakaat.

Pada rakaat pertama boleh dibaca surah addhuha, manakala rakaat kedua boleh dibaca surah alikhlas. Masa diambilbagi mnegerjakan solat sunat ini sangat pende masanya berbanding keberkatan yang Allah berikan kepada kita sepanjang hari kehidupan.



SEBELUM CARI REZEKI
Solat Dhuha adalah solat sunat sebelum mencari rezeki. Biasanya pada ketika ini, kita bersemangat dalam mencapai matlamat dalam pekerjaan ataupun pelajaran.

Jika pada saat itu, kita mengingati Allah S.W.T , kemudian tunaikan solat Dhuha dengan hati yang khusuk kepada Allah S.W.T , Insaallah akan dilimpahkan pelbagai kurnia serta kasih sayang oleh Allah.

Seseorang yang pernah melakukan solat Dhuha walaupun sekali seumur hidup tetap mendapat hikmah yang besar daripada Allah S.W.T

MANFAAT Dan Keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada:

KEMISKINAN

Rasullullah pernah bersabda, Allah berfirman: "Wahai anak Adam jangan sesekali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha , kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluan mu pada waktu petangnya." (Riwayat Hakim dan Tabrani)

PENGHAPUS DOSA:

Rasullullah bersabda: " Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir dan melakukan 2 rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu keuali kebaikan , maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih dilautan.

JAUH DARI AZAB API NERAKA

Bagi orang yang menjadikan solat Dhuha sebagai rutin hariannya , maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga.

Rasullullah bersabda: "Didalam syurga terdapat pintu yang bernama bab AdDhuha  (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti, ada orang yang akan memanggil....dimana orang yang ssentiasa menunaikan solat Dhuha ?? "Ini pintu kamu dan masuklah dengan kasih-sayang Allah".


Semoga kita semua mendapat  hidayah dari membaca artikel ini. Amin...


No comments:

Post a Comment