Wednesday, April 10, 2013

YAng MAne SAtu?...

Hasrat d hati nk beli nset..tapi tak tahu nk pilih yg mane satu...hehehe

sesiape yang menggunakan phone jenama sony ..sila comment ckett...heheh..tqqq

Sunday, April 7, 2013

CAHAYA HATI

As salamu'alaikum shbt tersyg. Moga sentiasa dlm lindungan Allah SWT. 

Pesan org 'alim: 


7 perkara yg memberi cahaya kpd hati:


1. Ikhlas dlm ibadah,

2. Berbakti kpd ibubapa, 


3. Menjalin silaturrahim, 


4. Elakkan diri drp maksiat,


5. Tidak menurut hawa nafsu,


6. Bersungguh sungguh dlm berbuat taat, &


7. Memperbanyakkan zikrullah. Mari kita doa mendoakan & berusha agar kita semua dpt menerangkan hati kita & mendapat redha Allah. Terima kasih, wassalam.




Itu saja untuk hari ni...Saya copy paste entri ni daripada Dato' Dr Fadilah Kamsah.."RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"


Wednesday, April 3, 2013

SIMPLE RESEPI..FROM PANTAI TIMUR

Wah...wah,,,wah,,,amboi...amboi....amboi..lame sungguh sisihkan blog(sisih ke?) BUKAN sisih..tapi tk der aper yg menarik nk dikongsi till hari ni ader lah kot...hahah...iyo2 lah tu..
Ntah naper tetiba baru tersedar dari lamunan(lamun sgtlah) dah nk masuk 10 tahun duk kat Terengganu, since kawin till now dah ader 5 child..suka duka kat Terengganu nilah...huh,,,10 tahun tu...lame gaklah..klau beli umah dah nak habis tempoh bayar dah tuuu...heheh...
ha..ha... konon dah 10 tahun kat Terengganu, so makan, masak pun dah gaye org Terengganu kan?..aper lagi anak2..cakap pun gaya org Terengganu, lebih2 lagi lahirnya di sini..
So, kalau dah name tinggal kat Terengganu ni kalau tak expert masak mknan Terengganu ni tak sah lah kan...sekali lagi soooo....kat cni saya nk kongsi dengan korang resepi yang paling ringkas dan sedap (masakan orang Terengganu) anak pun suka xspecially my hubby sangat2 suke ... resepi ni saya dapat dari orang terengganu jugaklah..memang senang ringkas dan sedap...bagi yang nk mencuba bole lah yer cuba...
Masakan nya bertajuk (heheh...tajuk ke?) Ikan baung singgang pedas


Bahan2nya so simple..
 - Just ambik sedikit kunyit hidup(cikit ajer tau (dlm 0.3cm)
 -cili padi (4 bj)- kalau nk pedas tambah lagi dan lagi...huhuuu
-sedikit garam (ckit je tau-takut darah tinggi plk nanti0huhuhu
-Ikan baung (dibasuh dengan tepung gandum utk hilang hanyir) basuh tau!
-asam keping
-Tempoyak(sedikit)- kalau suke laaaaaa.....kalau tak suka tak yah..

Cara2nya:-
kunyit hidup plus garam plus cili padi tumbuk hingga lumat (lumat tau..)
Campurkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam air dan didihkan kedalam periuk
Masukkan ikan dan asam keping juga tempoyak kalau suka n tampah lah sedikit daun kesom..kalau tk ader daun kesom pom tak aper...masak sampai masak...Simple tak? dan senang!!!! 
Selamat mencubaaa....
 

OK! siap utk dihidang bersama nasi putih ... NYUm! nyum! nyum!!!!!!!!!!!


alahai nampak sipi2 je ,,,huhuhuu tambah lak ngan ulam-ulaman...walahhhhh!!!!








Tuesday, March 12, 2013

MINI COOPER


Assalamualaikum…dan selamat sejahtera…
Adakah ANDA peminat kereta mini? Kalau minat sebut YES! N eruskan membaca…tapi kalau OH NO!.. segera klik ke entri yang lain..haaha..Saje nak kongsi barangsiape minat mini. MemNG Comel mini nik an? KECIK2 CILI PADI!  Lelaki or pempuan memang sesuai je ngan mini ni. Tak kiralah model lama or baru. Kalau model lame pun org pandang ni kan pulak model baru kan?...MAklumat mini ni berlambak je kat internet…kerana my hubby peminat mini so saya carik lah informasi cket ttg mini ni..NAH..ini lah yang saya dapat… Bukan aper..kalau dia membebel ttg MINI ni…sekurang2nye tk buta MINI…hahahahaha… JOM BACA…..
Kereta Mini yang asalnya dikeluarkan British Motor Corporation (BMC) untuk mengatasi masalah kekurangan minyak kini masih bertahan sebagai kereta idaman.Ia gah selepas lebih 40 tahun menguasai jalan raya di seluruh dunia.
Peminat model kompak ini bukan sahaja meminati model Mini terbaru, malah versi asal yang dikeluarkan sekitar tahun 60-an.
Ini kerana, Mini versi asal tergolong sebagai kereta klasik dan mempunyai nilai sejarahnya tersendiri sehingga kehadirannya di jalan raya menarik perhatian ramai.
Kereta mini diilhamkan oleh BMC pada 1955 selepas tercetusnya masalah kekurangan minyak yang melanda benua Eropah sesudah penutupan Terusan Suez pada pertengahan 1950-an.
Bagi mengurangkan masalah itu, BMC bercadang mencipta kenderaan yang mampu bergerak dengan penggunaan minyak yang minimum.
Model Mini dikatakan kenderaan yang paling ringkas dan ‘tulen’ iaitu mudah dikendali, bersih, jimat, tangkas serta menarik.
Mini diiktiraf serba boleh dan menarik sehingga menjadi kenderaan pilihan pada era 1960-an.
Kini, Kumpulan BMW meneruskan usaha untuk mengekalkan legenda Mini dengan mengeluarkan model Alaf Baru Mini.Ia direka bentuk pasukan jurutera Rover dan menggunakan enjin yang dimajukan oleh BMW dan Chrysler.
Model Mini alaf baru yang lebih bergaya, besar tetapi mengekalkan rupa asal.Mini model terbaru itu menggunakan teknologi tinggi terutama peningkatan ciri keselamatan tinggi setanding kenderaan mewah dan bukannya lagi sebuah kenderaan ‘bajet’ keluarga yang murah.
Model mini kini mempunyai kuasa 1.6 liter, dengan Mini Cooper S mempunyai pengecas super (supercharger) untuk pemanduan bergaya dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan terkini.
Ruang juga tidak menjadi masalah kerana saiz Mini kini lebih besar daripada mana-mana kenderaan dua pintu lain.
Mini hari ini juga dikenali sebagai kenderaan mewah di bawah keluarga BMW sehingga ada yang mengatakan, ‘sekiranya tidak mampu memiliki BMW, Mini Cooper pun jadilah’ yang menunjukkan memandu Mini hari ini sama seperti memandu sebuah BMW.
Mari kite tengok pulak model2 Mini
MINI HATCH
MINI COUPE
MINI ROUDSTER
MINI CONVERTIBLE


MINI CLUBMAN
MINI CLUBVAN
MINI COUNTRYMAN
MINI

MINI JOHN COOPER WORKS
MINI SPECIAL EDITIONS
MINI LIMITED EDITIONS

ta...ta..

Meh tengok bahagian dalam keter pulakssss yer...