Tuesday, March 12, 2013

MINI COOPER


Assalamualaikum…dan selamat sejahtera…
Adakah ANDA peminat kereta mini? Kalau minat sebut YES! N eruskan membaca…tapi kalau OH NO!.. segera klik ke entri yang lain..haaha..Saje nak kongsi barangsiape minat mini. MemNG Comel mini nik an? KECIK2 CILI PADI!  Lelaki or pempuan memang sesuai je ngan mini ni. Tak kiralah model lama or baru. Kalau model lame pun org pandang ni kan pulak model baru kan?...MAklumat mini ni berlambak je kat internet…kerana my hubby peminat mini so saya carik lah informasi cket ttg mini ni..NAH..ini lah yang saya dapat… Bukan aper..kalau dia membebel ttg MINI ni…sekurang2nye tk buta MINI…hahahahaha… JOM BACA…..
Kereta Mini yang asalnya dikeluarkan British Motor Corporation (BMC) untuk mengatasi masalah kekurangan minyak kini masih bertahan sebagai kereta idaman.Ia gah selepas lebih 40 tahun menguasai jalan raya di seluruh dunia.
Peminat model kompak ini bukan sahaja meminati model Mini terbaru, malah versi asal yang dikeluarkan sekitar tahun 60-an.
Ini kerana, Mini versi asal tergolong sebagai kereta klasik dan mempunyai nilai sejarahnya tersendiri sehingga kehadirannya di jalan raya menarik perhatian ramai.
Kereta mini diilhamkan oleh BMC pada 1955 selepas tercetusnya masalah kekurangan minyak yang melanda benua Eropah sesudah penutupan Terusan Suez pada pertengahan 1950-an.
Bagi mengurangkan masalah itu, BMC bercadang mencipta kenderaan yang mampu bergerak dengan penggunaan minyak yang minimum.
Model Mini dikatakan kenderaan yang paling ringkas dan ‘tulen’ iaitu mudah dikendali, bersih, jimat, tangkas serta menarik.
Mini diiktiraf serba boleh dan menarik sehingga menjadi kenderaan pilihan pada era 1960-an.
Kini, Kumpulan BMW meneruskan usaha untuk mengekalkan legenda Mini dengan mengeluarkan model Alaf Baru Mini.Ia direka bentuk pasukan jurutera Rover dan menggunakan enjin yang dimajukan oleh BMW dan Chrysler.
Model Mini alaf baru yang lebih bergaya, besar tetapi mengekalkan rupa asal.Mini model terbaru itu menggunakan teknologi tinggi terutama peningkatan ciri keselamatan tinggi setanding kenderaan mewah dan bukannya lagi sebuah kenderaan ‘bajet’ keluarga yang murah.
Model mini kini mempunyai kuasa 1.6 liter, dengan Mini Cooper S mempunyai pengecas super (supercharger) untuk pemanduan bergaya dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan terkini.
Ruang juga tidak menjadi masalah kerana saiz Mini kini lebih besar daripada mana-mana kenderaan dua pintu lain.
Mini hari ini juga dikenali sebagai kenderaan mewah di bawah keluarga BMW sehingga ada yang mengatakan, ‘sekiranya tidak mampu memiliki BMW, Mini Cooper pun jadilah’ yang menunjukkan memandu Mini hari ini sama seperti memandu sebuah BMW.
Mari kite tengok pulak model2 Mini
MINI HATCH
MINI COUPE
MINI ROUDSTER
MINI CONVERTIBLE


MINI CLUBMAN
MINI CLUBVAN
MINI COUNTRYMAN
MINI

MINI JOHN COOPER WORKS
MINI SPECIAL EDITIONS
MINI LIMITED EDITIONS

ta...ta..

Meh tengok bahagian dalam keter pulakssss yer...