Tuesday, February 19, 2013

Berikut BeBErapa MAKAnan yANg DIKatakan BAIk unTUK perTumbuhan RAmbut:)


semua org sibuk pasal FIZZ FIRUS putus tunang..dah tk de jodoh nk wat camane kan?....kat cni bukan nk citer hal artiz tersebut tp cume nk kongsi Tips untuk pertumbuhan rambut...kepada yang agak2 kurang rambutnya tu boleh lah renung2 dan selamat beramal....




Berikut beberapa makanan yang dikatakan baik untuk pertumbuhan rambut:-


Buah Prun

- Sumber zat besi terbaik.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan keguguran rambut, rambut kering, nipis, keras dan bertukar warna.


Kacang Pis

- Mengandungi pelbagai vitamin dan galian yang diperlukan untuk rambut seperti zink, zat besi dan vitamin B.


Udang

- Sumber yang baik untuk vitamin B12 bagi mengatasi masalah rambut gugur.


Kacang

- Rambut dan kacang memang sinonim. Bukan saja kaya dengan omega 6, kacang juga sumber zink, zat besari, vitamin B dan protein.Namun, kacang juga mengandungi selenium, galian yang diketahui juga menjadi punca keguguran rambut jika seseorang itu mengalami kekurangan atau berlebihan selenium dalam badan.


Biji  Labu

- Mengandungi banyak nutrien yang baik untuk rambut  seperti protein, omega-6, zink dan zat besari.


Telur

- Telur juga mengandungi nutrien utk kesihatan rambut termasuk vitamin B7 yang biasenya terkandung dalam umbut bagi mengatasi rambut gugur.